Sunday, February 20, 2011

Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil

hye... Entry kali nie man nak nak share satu fakta menarik tentang one of the most large stadium in the world, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah menjadi mercu tanda negara kita selain dari bangunan KLCC yang kita ketahui.

Kenapa man nak share fakta nie, salah satunya ialah kerana man berbangga dengan kejayaan malaysia untuk memajukan negara kita yg telah dijajah hampir 100 lebih tahun ini. walaupun ramai yang sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan-pembinaan megastructure seperti KLCC dan lain-lain, namun bagi man mungkin ini adalah salah satu cara pemimpin kita untuk menunjukan Malaysia kemata dunia. Walaupun mungkin bagi segelintir manusia ini adalah salah satu pembaziran tapi bagi mereka yg berpandangan luas ini adalah salah satu daripada strategi untuk kita dipandang oleh org luar.

Ok dala intro panjang sangat plak inilah main pont entry kali nie iaitu serba sedikit tentang cerita Stadium Nasional Bukit Jalil kita yang megah.

Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.

Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

2 comments: