Tuesday, February 22, 2011

Sunday, February 20, 2011

Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil

hye... Entry kali nie man nak nak share satu fakta menarik tentang one of the most large stadium in the world, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah menjadi mercu tanda negara kita selain dari bangunan KLCC yang kita ketahui.

Kenapa man nak share fakta nie, salah satunya ialah kerana man berbangga dengan kejayaan malaysia untuk memajukan negara kita yg telah dijajah hampir 100 lebih tahun ini. walaupun ramai yang sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan-pembinaan megastructure seperti KLCC dan lain-lain, namun bagi man mungkin ini adalah salah satu cara pemimpin kita untuk menunjukan Malaysia kemata dunia. Walaupun mungkin bagi segelintir manusia ini adalah salah satu pembaziran tapi bagi mereka yg berpandangan luas ini adalah salah satu daripada strategi untuk kita dipandang oleh org luar.

Ok dala intro panjang sangat plak inilah main pont entry kali nie iaitu serba sedikit tentang cerita Stadium Nasional Bukit Jalil kita yang megah.

Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.

Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

Saturday, February 19, 2011

This is my comeback


yahooooooo belogku da dihidupkan semulaaaaaaa weeeeeee..... Revive from the death... comeback from the underworld... haha...

Firstly aku nak berterima kasih kepada pihak admin yg telah memulangkan semula belog aku yg telah diremove ni, huhu...

Secondly aku nak berterima kasih kepada folower-folower semua kerana tetap bersamaku walaupun x ramai... hehe..

Thirdly aku nak cakap kat sini this is my comeback... hahaha...

Need more supportive from all my friends... thank you...

Huhu siape2 berani meremove blog aku lagi nahas... tindakan kejam akan diambil... haha...


P/s: lepas ni nak wat entry pasal ape plak ek? huhu...

Wednesday, February 9, 2011

buntu...

Hmmm saye perlukan pendapat...
pasal hadiah,
ape yang patut and x patut diberi sebagai present hari jadi?
ape yang patut and x patut diberi sebagai hadiah org kawin?
ape yang patut and x patut diberi sebagai present hari ibu or bapa?
haishh... buntu...
ape pendapat anda? please help me...


P/S mintak pendapat mcm ramai member jew... hehe...

Sofea Jane - Black

Da xde pew yg nak di post, share lagu nie pon okey lah hehe...
suke lagu black nie, x semua yg kite impikan tu akan kite dapat tanpa usaha... hehe... hmmm ape2 ajelah moh nyanyi sesame... hehe...

Lagu Sofea Jane - Black

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki



Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang chorus

Tuesday, February 8, 2011

newbie...

haha ape nak tulis nie ek?hehe... anyway saya newbie pasal blog2 nie, so harap2 sahabat2 di luar sana dapat membantu saya supaya saya dapat mempelajari dunia blog ini dengan lebih mendalam lagi ea... hehe...